Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Berbuka posa ngan Malaysian lasagne

Malaysian Lasagne
or bingka daging bercheese..yummy!!
org tu bergaya ngan rambut baru cut by his beloved wife=P
Gambar terbaru kami..tembam kan org tu..hik2
Semalam try buat Bingka daging bercheese..atau pun nama lain nye malaysian lasagne..uwah oichikatta..cik abg pun daisuki..sekali mkn ngap 3 bijik terus.. Siap suh kite buat utk majlis iftar kat Tsukuba Mosque nnt..



Sape2 berminat nak try..ni dia resepinye..
Quote:

BINGKA DAGING BERCHEESE


Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam
(kalau nak pedas leh tambah serbuk cili or cili padi or rempah kari..sesuka hati anda)

Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml - 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C)
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk Bahan B
Gunakan food processor ataupun blender. Mesti bersihkan dari segala bau-bauan seperti sambal, belacan dll. Cuci dengan sabun dan isi air dan kemudian blender kasi blender itu betul2 bersih dan tidak berbau.

Masukkan santan, garam dan telur, blender rata. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel.

Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat (pekatnya sama macam Macaroni and Cheese - cheese tu pekat macam gitu rupanya). Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 - 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C.

Cara untuk Bahan C
Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan.

Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C. Dan sambung bakar selama 10 minit. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas bersama cili sos.



Selamat berpuasa utk semua kaum muslimin dan muslimat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net