Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Sep-2008 14:49 Email | Share | Bookmark
Risoles ala Indonesia




Thanks to Mr Mat Gebu for this delicious recipe.

BAHAN KULIT
150g tepung gandum
500 ml susu segar (mat guna 300ml susu cair + 200 ml air)
1/2 ketul kiub ayam "MAGGI"
Secubit garam
1 biji telur

BAHAN INTI
1 biji kentang, kupas dan didadu
2 batang sosej, dadu kecil
1/2 cawan kacang pis
8 kuntum cendawan butang, dadu kecil
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar mentega
1 camca besar rempah kari
1/2 cawan susu cair
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar sos tiram

BAHAN LAIN
1 biji telur, dipukul sedikit dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti warna kuning)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, sos tiram dan kicap cair, gaul sebati. Masukkan cendawan, sosej, kentang dan serbuk lada hitam, gaul rata. Tuang susu (tambah sedikit air jika perlu) dan masak hingga kentang lembut dan inti kering. Akhir sekali masukkan kacang pis, gaul rata dan angkat. Sejukkan.

2. UNTUK KULIT :- Satukan semua bahan2 untuk kulit dan kacau rata (mat putar guna blender). Tapis bancuhan dalam satu bekas dan ketepikan. Panaskan kuali "non-stick" dan sapu sedikit minyak. Tuang kurang lebih 1/3 cawan dan ratakan hingga menjadi kulit dadar yang nipis. Masak hingga kelihatan pucat. Alihkan ke dalam pinggan, buat hingga siap (mat cuma masak 1 bahagian sahaja).

3. UNTUK RISOLES :- Ambil sekeping kulit, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih gulung). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel, hidangkan bersama sos cili atau pun berulamkan cili padi!!!....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net