Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jul-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Moist Chocolate Cake



Kek ni dibikin sempena besday Walid hari tu..tak dapek buat hari besday Walid sbb Ummi demam so buat lah masa hari minggu..Credits to Kak Suzong yg memperkenalkan kek ini kepada saya yg mana resipi asalnya dari myresipi.com..
Sgt senang, sodap n moist cuma structure dia mcm mendak sket..tak sure kenapa, maybe sbb tak letak soda bikarbonat kot (xde dlm resipi asal)..lepas ni nak cuba letaklah si bonat ni

Bahan-bahan

Utk pes koko:
* 1 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair

Bhn lain:

* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup
* 2 sudu kecil esen vanilla

Bhn Utk Topping:

100g coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar air panas

Cara-cara

1. Memula buat pes koko dulu...Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata hingga nampak berkilat.

2. Tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan pes koko tu.

3. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata.

4. Ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul rata,

5. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah.
(depends on your oven, sy bakar suhu 170C )

6. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Topping: Satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Note: Tunggu kek sejuk dulu baru tuang topping ni..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net