Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jun-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Banana cake


Akhir2 ni tekak rasa nak makan kek pisang la pulak..dah dua kali buat ni..dalam masa 5 hari..buat time cik abg ade kat rumah..dera dia sket suh jaga budak2 lak..hehe..first time wat kek pisang jadi cantik structure nya..dolu2 buat asik bantat jek..huhu..
resipi ni makin lama makin moist..oichii!



Ubahsuai dr Myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 cm )

* 2 biji pisang
* 140g minyak kanola
* 120g gula
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila
* 2 sudu besar susu segar
* 1 sudu besar jus lemon
* 200g tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil baking powder
* 40 g walnut, ditumbuk (kalau suke lah.)

Cara-cara

1. Pukul minyak dengan gula sehingga sebati
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan susu segar. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati. Pastu masukkan walnut..gaul sket lagi.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net