Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jan-2008 03:21 Email | Share | Bookmark
Carrot cake suria

Carrot cake ni senang, simple, sedap and yummy..kecuali utk org tak suke rasa cinnamon and cheese..hehe..mula2 jumpe masa join yahoogroup resipi.net. Suria tu nama org yg mula2 bg resipi tu, tak sure lah dia reka ke dpt dr mana ke..ape2 pun time kasih kat dia sbb share resipi ni..Favorite cik abg dan umar kun..kalau fendi makan sure 3 slice sekali hadap..tapi tak gemok2 pun boss tempat fendi kerja ckp first time makan handmade cake yg sedap?? huh gitu sekali..hikhik..cubala insyaAllah puas hati

p/s: adunan kek ni agak byk, biasa saya buat separuh je sbb acuan sy tu kecik kalau wat semua nnt melimpah..kalau nak buat satu adunan sediakan acuan besau2 ek



Bahan
4 biji telur asingkan putih dan kuning
1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran ( darurat minyak masak pun boleh)
150g gula halus seperti castor sugar
150g brown sugar
1 1/2 cawan carrot yang telah disagat halus

Ayak bersama

250 g tepung kek ( darurat tepung gandum pun jadi gak) (saya guna tepung gandum biasa campur baking powder 1 sk)
1 sudu kecil mixed spice ( rempah kek)-(sy guna cinnamon + nugmet je)
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam

100g chop walnut ( wajib ada baru sedap) (sy tak letak pun sedap gak )

Cara
1. sagat carrot awal2
2. ayak bhn ayak awal2
3. Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul telur.
2.Kemudian tambahkan minyak, gula, carrot. Gaul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan walnut dan akhir sekali gaulkan ia ke dalam bahan-bahan kering menggunakan spatula kayu.
4.Pukul telur putih sehingga stiff and gaulkan ke dalam bancuhan kek.
5.Bakar pada suhu 180 C selama 45 min ( bergantung pada oven tersendiri)

Tips : bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

1. Pukul semuabahan hingga ringan dan kembang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net