Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jan-2008 17:31 Email | Share | Bookmark
Mee Hoon Kicap & Laksam

Mee hoon kicap (resipi asal namanya Mee hoon ala Jepun??)

Mee hoon kicap ni mmg peberet sejak kecik lagi..kalau pi makan kat warung mesti order mee hoon hitam2 camni..biasa nya buat sendiri main campak2 je tak jadi sgt cam kat warung tu tapi aritu terjumpa satu resepi mee hoon kicap ni kat resipi.net so kite pun cubalah..satu rumah bau cam warung rasa pun cam kat warung..che wah hehe..rasanya ni first time kite wat mee hoon kicap yg menjadi tapi yg kat warung tusedap lagi lah sbb depa letak Pak Aji so mana aci kan.....


Bahan-bahan
Bawang Putih (Setengah kampit mee hoon dalam 4 ulas yg besar)
Cili api 4 atau 5 ok kot tak pedas sangat
udang kering 1 genggam
(Tumbuk bahan-bahan di atas, jangan terlalu halus just pecahkan aje)
Kicap cair sikit
Kicap manis
Sos tiram
Kicap sotong (kite tak letak pun)
Sos ikan (nampla)(ni tak letak gak)
Udang
Daging
Sayur sawi
kobis
Taugeh
Kucai kalau nak tambah lagi

Cara-cara
1. Memula panaskan minyak high pressure punye api. Campak udang just kejap aje utk dia kelihatan fresh dan manisnya tak hilang . Hati2 kalau kuali kecik mau menyambar api lam kuali.
2. Angkat udang tersebut. Ketepikan.
3. Masukkan apa yang kita tumbuk tadi dan cepat masukkan daging sekali (Sebab apinya kuat takut hangit pula bawang putih dan cili serta udang kering tersebut.)
4. Masukan kicap manis , sos ikan , kicap sotong , sos tiram dan soya sos. garam secubit mcm tu sebb kicap dah ada garam serta sgala sos tu dan gula sedikit saja.
5. Masukan air asam jawa kena cepat cepat kasi api tu masuk kuali. Kasi medidih seketika utk pekatkan kuah tu sikit.
6. Masukkan meehun gaul rata dan udang yang digoreng awal tadi (masa masukkan meehun kecilkan api seketika).
7. Agak dah rata kicapnya masukan sayur dan ahkir sekali kobis dan taugeh tutup api. Tapi jangan dibiarkan mee hoon di dalam kuali sebab nanti sayur akan kekuningan sebab kita pakai api yang kuat. (Masa masuk sayur kuatkan api sebentar lepas tu tutup)


Laksam

Sape tak tau laksam tu ape angkat tgn?? Hehe..ade org tak tau pekemende laa laksam ni..sbb laksam ni makanan org timur esp Ganu n Kelantan..Yg ni pun peberet kami laki bini, dulu masa pregnent umar penah buat jadi sedap sbb guna tepung beras dr mesia tapi kali ni guna tepung beras jepun alamatnya rasa laksam tu cam dango la plak huhu..cik abg ku tak boleh nak telan sgt last2 dia makan ngan spegeti je..kite tibai je lah ...ape2 pun kite tempek gak resipi kat sini yg tak jadi tu sbb guna tepung beras jepun je kalau guna mesia punye insyaAllah kick gitu..hehe..

Sumber: myresipi.net
Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam
* >>bahan kuah:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* >> Bahan ulam
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
* >>cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net