Want your
own Fotopage?







 
Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Dec-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Kuih Pau

Masa baca jamuan yasin baru2 ni Syahir(junior laki kat sini yg still bujang trang tang tang ) ada ckp pasal dia penah buat kuih pau..hebat kan..org laki buat pau..pastu Walid pun ckp lama tak makan pau..ye lah pau kat Jepun ni takleh makan..Since pengukus pun baru beli kat GranStage aritu..so ni lah hasil pertama drpd pengukus tu..hehe..Resipi dicilok dr Kak liza punya FP..
TQ kak Liza...lembut, gebu n oishii gitu..Kite isi ngan 3 jenis inti, kari daging, sambal bilis & lady's choice ..lady's choice nye version ni umar suke sgt, teringin nak makan inti kaya ngan kacang merah tapi takde ler pulak..



KUEH PAU

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net