Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Dec-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Sweet Potato Pie

Kat umah ade keledek berlebihan..kebetulan tgh belek2 blog Kak Diana terjumpa plak resipi sweet potato pie ni..bila baca resipi tgk2 ade step kena pukul telur sampai kaku..lemah semangat sekejap sbb takde pemutar...tapi sbb nak sgt makan pie tu..ape lagi..bergegar ler dapo duk pukul telur pakai tgn nih..sib baik Umar tdo lama sket time tuh..aman dunia..kalau tak berkungfu ler dgn dia kat dapo tu...heheh..

Anyway pie ni sedap sgt, kite wat separuh adunan je..tak brp manis so sesuai utk org yg tak brp suke kek2 yg manis2 tu..Umar n Abg pun suke makan..yokatta




SWEET POTATO PIE
Sumber: JC (FRD)

Bahan untuk Kulit Pie
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan shortening
1 biji telur
1/2 cawan air ice
1 sudu besar cuka

Cara-caranya
1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Dalam mangkuk kecil pukul telur kemudian masukkan air ice dan cuka, pukul hingga sebati.
3. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan adun/uli hingga menjadi doh lembut.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar dan bentukkan setiap satu bulat selepar 5 inci. Bungkuskan dengan cling wrap dan simpan dalam fridge hingga sampai waktu untuk digunakan.

Bahan untuk inti sweet potato
4 sudu besar mentega
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur - asingkan kuning dan putih
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 cawan keledek yang direbus dan dilecek
1 cawa susu penuh krim/susu segar

Cara-caranya
1. Panaskan oven 350'F (175’C).
2. Didalam mangkuk pukul butter dan gula. Kemudian masukkan kuning telur dan kulit kayu manis dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan keledek dan susu segar. Kacau sehingga ia sebati.
4. Didalam mangkuk berasingan pukul putih telur sehingga putih dan kaku.
5. Masukkan kedalam adunan keledek dan kaup balikkan sehingga ia sebati.

Cara menyediakan Sweet Potato Pie
1. Kulit pie dicanai dan diletakkan dalam loyang pie.
2. Kemudian masukkan adunan inti sweet potatot kedalamnya.
3. Dihias mengikut kreativiti anda. Dibakar selama 40 minit atau sehingga bila lidi dicucuk keluar bersih menandakan ia telah dibakar dengan sempurna.


**Kite bakar 180C selama sejam 10 mnt baru ler masak...huhu**


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net