Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Oct-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Welcome Autumn



Autumn dah kunjung tiba..Japan pun dah mula sejuk..hooray.. my fav fruit pun dah mula dijual..boleh makan puas2..dlm bhs Jepun buah ni nama dia "kaki", dlm BM org panggil pisang kaki, tapi ramai jugak sebenarnye org Mesia yg tak kenal buah nie..first time saya dgr pisang kaki pun saya duk bayang pisang yg berkaki..hehe..Dlm BI nama dia "persimmon"..buah ni ade jenis yg keras ade jenis yg lembik, saya suke yg lembik2 sket..rasa dia lebih lebih kurang cam ciku gitu..tapi ciku saya tak makan le pulak..buah ni kaya ngan Vitamin A.

Semalam sempat lagi buat bun daging..mak aii sedap jugak , lembut gebu gitu, cik abg makan 4 biji non-stop..heheh..arini nak buat lagi lah...




Resipi dicilok dr Kak Liza punye FP lah ..mana lagi..
Quote:
BUN DAGING

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
50 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan Inti Daging
200 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
3 s/b tomato sos
garam
minyak

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Maukkan inti dalam pinggan dan biarkan sejuk.

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Perapkan sebentar.
5. Ambil doh dan leperkan. Masukkan inti daging dan tutup semula.
6. Perapkan dalam lyang yg telah disapukan minyak sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.

Note: Saya buat separuh adunan ni dapat 9 ketul bun..pelembut roti saya ganti ngan 3s/k vege shortening..hasilnye sgt la lembut&memuaskan


Lagi juadah yg sempat saya buat ialah:

Nasi ayam

dan

Nasi jagung & daging merah..

Soto pun ade wat tapi tak sempat snap gambor..

Sebelum masak punye la rasa ngidam nak makan, tapi lepas msk rasa tak brp nk mkn la pulak..loya lah pening la..adui..sabo jelah..bun daging aje yg saya semangat nak makan...skrg ni rasa nak makan satar ikan la pulak..gara2 kak Liza pi tayang gambo satar ikan kat fp dia lah ni..akan ku cari daun pisang sampai dapat..hehe






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net