Afendi n Haslia's FotoPage
My Precious
By: hAsLiA hAsSaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Oct-2008 20:51 Email | Share | | Bookmark
Sports day at Umar's Kinder & Umar's story

Last Saturday ada hari sukan kat tadika Umar. Hmm nak kata tadika tak jugaklah..macam child care..saja hntr Umar 2 kali seminggu nak kasi dia main2 ngan budak lain, n kasi expose ngan Japanese Language.

Umar masuk dua acara je..lari jarak pendek ngan tolak bola together with Walid..yg kelako nye masa acara lari tu budak lain duk berlari Umar jalan cam biasa je, ke'blur'ran..haiyya..hmm maybe sbb dia kurang latihan..atau sbb mamai bangun pagi awal sgt..hehehe..Acara yg tolak bola dgn Walid pun dia nampak cam tak sonok sgt..yg seronok nya Ummi ngan walid je..hehehe



Makcik tua dalam gambar tu Guru Besar sekolah tu..dr cara dia jalan n cakap rasa2 umur dia nak masuk 90 pun ade kot..tapi sihat walafiat je lagi...

Walaupun tak menang ape2..Umar still dapat medal emas yg kiut ni:

hehe comei kan..

Umar skrg dah byk ckp tapi kitorg langsung tak paham le dia ckp ape..kecuali ABC, 123 tu paham lah..kadang2 dia ajuk kitorg cakap..kadang2 dia cuba nak nyanyi lagu apa2 lah..twinkle2 ke..jingle bell ke ...bunyinya 80-100% lain...yg kelaka nya ade satu hari tu dia nyanyi lagu jingle bell sorang2..Ummi dgr bunyi jingle bell tu jadi "chicken bon..chicken bon..chicken all the way..." hehehehe..sakit perut Ummi gelak..
Perkataan lain yg dia salu sebut :
Bi bi tai= bantal
Toi=botol
Ashu=susu
Uwid=walid
Ami=Ummi
Chiko=oshikko (maksud dia buang air kecik, tapi dia tak reti nak bgtau lagi bila dia kencing tu, tgh duk training lagi )

Perkataan yg dia sebut perfect ade lah 2,3 ketul..air, baby,ball, 123-10..harap2 makin bertambah lah lepas ni..

Baru2 ni Tok Ma ada hantar buku adik bijak kat Umar..ade buku phoenix utk belajar mengeja English and BM and ada buku belajar ngaji..Cd pun ada..dalam masa dua hari je Umar dah boleh ingat beberapa suku kata..a, ba,da,na,wa,sa,ya. Teknik yg buku tu ajar lain sket..diorg ajar suku kata, tak ajar huruf pun ..sesapa yg berminat boleh lah jenguk2 website adik bijak kat sini ..

Ok tu aje cete utk kali ini..Jumpa lagi di lain entry


Wednesday, 8-Oct-2008 23:02 Email | Share | | Bookmark
Eid and Malisa's birthday party

Last Sunday buat majlis makan2 sempena raya ngan birthday Malisa kat rumah Encik Radzian n Kak Rini. Pakat2 masak tapi yg byk masaknye Kak Rini lah..Opss..satay tu Syahir yang buat..oishikatta..Kak Rini request kita buatkan kek chocolate utk Malisa, anak dara yg tembam montel comel lotey tu hehe..suke sgt dia makan chocolate cake..


Ni antara juadah...simple je..dapatla merasa gak suasana raya tu sikit2..


Ni dia birthday girl..comey kan?


Malisa tiup kek besday..sonok je dia..Falah lepas dia minum susu dia tdoq..senang le ummi nak mamam..hehehe.
Alamak gambor Umar takde lah dia nakal sgt loncat sana loncat sini aduih..pening kepala..tak dapat nak snap sgt gambo dia..tapi takpe, entry pas ni pasal hari sukan kat sekolah Umar pulak

Time kasih daun keladi kpd Abg Radzian n Kak Rini yg sudi jadi tuan rumah dan masak sodap2


Sunday, 5-Oct-2008 12:03 Email | Share | | Bookmark
Asashoryuu Junior..

Ada selupa tak?



Falah at 4 and the half months






Saturday, 27-Sep-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
♥ Salam Lebaran ♥

Mari kita cuci2 mata sambil mengagumi kebesaran Allah
Photos taken at Doho Park and Matsumi Park, Tsukuba, Japan.
Weee...I ♥♥♥ Nature!



I just used 18-55mm lens for all these shots


Wish you all
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin


From,
Fendi, Liya, Umar & Falah.


Quote:
Tahun ni raya tak kena cuti so pagi raya ngan anak2 je lah kat rumah kot..Abg lak raya kat lab..huk huk sedeynya..nak balikkk!




Tuesday, 23-Sep-2008 23:21 Email | Share | | Bookmark
Bidadari syurga



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,.....

lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......

Pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

subhanallah...


taken from Zoora's blog


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net